Wednesday, July 25, 2012

D-U-G-A-A-N

Hari nie tibe2 teringin nak bercerita ape itu
"Dugaan"
hurm...dugaan..dugaan...
sering kali terlintas dibibir mengenai ayat itu

bila diri di uji
bila diri di beri sedikit kesusahan
pasti akan ku sematkan dlm hati
ini "Dugaan ku"
tabahlah wahai hati

Apa itu dugaan sebenarnya?

Menjalani liku-liku hidup sebagai seorg manusia ini,
kita tidak akan dpt lari dripada di uji oleh ALLAH Azza Wa Jalla
Ujian yg mendatang selalunya menjadikan diri kita lebih kuat dan matang.
Ujian itu jgk lah yg mengajar kita lebih berdikari dan bersedia di masa hadapan.

Walau apa pun dugaan dan ujian yg kite terima
rela kan lah ianya
tempuhilah ianya
kerana
"Allah tidak akan memberi dugaan diluar kemampuan umatnya"

Segala yg ditentukan olehNya ada hikmah yg tersembunyi disebalik semua itu

*Kuatlah wahai hati...tabahlah wahai jiwa...sesungguhnya semua itu utk kebaikan mu* 

Mid Semester Exam

Mid sem utk final sem akan menjelma xlama lagi
start 30.07.2012 until 02.08.2012
wuarghhhhhh
sgt2 xbesedia

Rase mcm baru je bermula sem ni
baru je nak enjoy2
dah nak mid sem plk skrg

hurmmm

Tibe2 terpikir
kejap sgt masa berlalu
baru start sem n xabis enjoy
tp dh nk exam
lepas nie dh raya
n then final exam

xpuasnya sy duduk kt shah alam nie
cepatnya masa 3 thun itu berlalu

akan bergelar seorg pekerja sepenuh masa
selepas ini'
ke manakah langkah sy selepas ini???

*yang pasti sy akan merindui kenangan2 bersama mereka...batch 11/2009..
kenangan bersama dirumah sewa...semuanya sgt2 indah...
"The last sem is more meaningful for me" =D


Kami bertiga ibarat ini::
yg paling comel sy la=D heee

Tuesday, July 24, 2012

Buat yg belum bertemu jodoh

Jodohku
Sabar dan tenanglah
Aku disini masih bersabar menantimu

Tersenyumlah
Kerana aku yakin kebahgiaan akn mendatang

Jikalau detik ini hatimu sedang terluka
Rawatlah dengan mendekatlah kepada-Nya

Tapi disini aku berharap kau baik-baik sahaja

Waktu terasa lama buatku
Tapi aku yakin xkan lama lagi kau akan hadir buatku
Mengajakku dan mengingatiku

Sering pula kau menanyakan
Sudah solat sayangku?

Jodohku
Aku rindu
Bilakah kita akan ketemu?
Begitu byk hal yg ingin aku ceritakan kepadamu
Begitu byk pula harapanku utk menantikan nasihat-nasihatmu

Dalam hati ini ku sediakan satu ruang dan tak sabar menanti kehadiranmu
Semoga aku dpt merawatmu sehingga Allah menyambuhkan luka hatimu

Temukan aku dalam "Istikharahmu"

Indahnya Cinta itu


Apabila manusia menyebut perkataan cinta, maka manusia tersebut tidak dapat lari dari berbicara dengan soal hati dan jiwa kerana ia sangat berkaitan antara satu dan yang lain.
cinta inilah yang terletak pada hati yang sangat diagungkan umpana sebagai seorang raja dan kerajaan dalam diri manusia.
Nabi bersabda : Bahawasanya di dalam jasad anak Adam ada seketul daging. Apabila baik daging itu, baiklah seluruh anggotanya. Sebaliknya, jika jahad daging itu, jahatlah seluruh anggotanya. Ketahuilah bahawa daging itu ialah hati.
Cinta tempatnya dihati dan kuasai keseluruhanya.
Berhati-hatilah menjaga hati dengan meletakkan cinta didalamnya. Jangan dibiarkan hati itu dipenuhi oleh cinta yang jahat, buruk dan sebagainya.
Namun cinta sesama manusia  bukanlah segala-galanya. Lebih buruk dan menyedihkan lagi dalam realiti kehidupan sekarang ini, cinta sudah dan selalunya dinobatkan secara mengila-gila. Walhal cinta yang dipuja-puja itu akhirnya bungkus ditengah dan pengahirannya.
Ingatlah!. Cinta yang kecil ialah cinta kepada manusia yang bersifat makhluk. Tetapi kita lupa akan nilai dan besar hanya apabila cinta ini disandarkan kepada Allah.
Cinta itulah yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati.
Cinta bukan dari mata turun ke hati tetapi dari hati naik ke mata.
Itulah cinta sebenar sugi lagi tulus. Itulah cinta yang dikhususkan buat manusia beriman sesuai dengan martabatnya sebagai hamba Allah.
Isi hati
tiada siapa yang tahu
apa yang terungkap di hati.
Apabila hati bersih
fikirannya tepat kehendak Allah
hanya DIA yang tahu.

Apabila hati bersih
berada di jalan yang benar
hanya DIA juga yang tahu.

Apabila hati bersih
menunjukkan jalan kebenaran
manusia tidak tahu

Isi Hati
hanya Allah sahaja yang tahu
apa yang tersirat di hati.
Jika cinta ini kerana Allah.. Saya harap ianya tidak tawar. 
Jika cinta ini kerana syaitan.. Saya harap ianya terus lenyap. 
Jika memang takdir Dia utk diri saya.. Saya harap berpanjangan dan kekal selamanya.

Monday, July 16, 2012

Rinduku pd Ramadhan yg dulu


Ramadhan semakin menghampiri
semakin dekat menghulurkan salam perkenalan
semakin dekat menghiasi malam-malam nya

Ramadhan kali ini ramadhan kedua buatku tanpa gelak tawa itu
gelak tawa mereka yg sentiasa ku dengar tika ku meningkat remaja
aku sgt2 rindukan semua itu

dulu rumah xprnah sunyi
pintu xpernah dibiarkn tutup hingga ke sahur
namun kini dimana semua itu?
kemana mereka?

dulu sahurku bersama mereka
buka ku kdg bersama mereka
namun kini tiada lg smue itu

rumah sdh jrg mereka dtg ngi
usikan sdh jrg aku dgrkan
mengapa kini mengapa tika aku blm brsedia mnghadapinya

kdg oprnah trlintas dihati
ingin aku cpt brlari
ingin aku cpt disunting
agr aku ade seseorg yg dpt mnggantikan sunyi ku ini

aku rindu aku rindu
aku rindu mereka

tabahlah hati
tabahlah diriku
mereka xprnah hilang utk ku 
mereka cume trkecil hati
mereka cume mmprtahankan diri
aku sentiase ade dlm setiap ingtan mereka

*Benarkah??*

Friday, July 13, 2012

Kesedaran dlm Kealpaan

Kadang kita selalu terleka
terlalu melayan keindahan yang dtg menyapa
hingga hampir terlupa akan keindahan yg lalu

Kadang kita selalu berkhayal
terlalu asyik mengejar erti kemewahan
hingga terlupa akan asal diri dimana

Kadang kita selalu berdiri di awanan
terlalu khusyuk akan kecantikan
hingga terlupa dgn keaslian diri

Kadang kita selalu bermimpi
terlalu memikirkan kesenangan
hingga hampir terlupa akan kesusahan dahulu

Sedarlah kita sebelum terus dihanyutkan
sedarlah kita sebelum terus dibuaikan
sedarlah kita sebelum terus dibayangi

Sedarlah kita sebelum airmata penyesalan mengalir tanpa hentinya.. =))

NZKDF

Daisypath Anniversary tickers

mEnGhItUnG UsIaku

Daisypath Happy Birthday tickers

Chat with me